Jumaat, 30 November 2012

Mari Kenal Bentuk

Hai adik-adik!!!
Disini anda boleh mengenal bentuk.
 
 
 



Objek yang sama dengan bentuk di atas ialah:




Bentangan bagi setiap bentuk:


Mari Belajar Masa Dan Waktu


                                                                       
 
  Hai Semua!!!!
    Mari kita belajar masa dan waktu.







            Perhatikan gambarajah di atas..... apakah yang dapat anda lihat???  
 
 
 
 
 
 

 
Terdapat bilangan senggatan pada muka jam tersebut
Ini menunjukkan bahawa senggatan untuk jarum minit.
Nombor yang di luar merupakan bilangan senggatan setiap minit,
   manakala nombor yang di dalam pula ialah nombor yang    
   terdapat pada muka setiap jam.
   1 senggatan = 5



 
 
 
 
 
 
 
 

 

1 tahun = 12 bulan
1 bulan = 30 hari/31 hari
1 hari = 24 jam
1 jam = 60 minit
1 minit = 60 saat








 
 


Saya Tahu Tolak Nombor

       Begitu juga dengan tolak. Murid lebih cenderung terhadap tolak tanpa mengumpul semula manakala ramai yang tidak gemar dengan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula. oleh itu disini ingin dijelaskan cara untuk menolak dengan mengumpul semula.

OPERASI TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA

CONTOH 1:

     Selesaikan dengan cara bentuk lazim

763 - 417 = ______

        763   *Tolakkan:
       -417    3 sa - 7 sa = ___, Tidak boleh ditolak kerana
        346    angka 3 lebih kecil dari angka 7, Maka kena pinjam
                 dengan rumah puluh iaitu angka 6
                 maka jadinya 13 sa – 7 sa = 6 sa

                 *Tolak puluh:
                   6 puluh – 1 puluh =5 puluh
                  ( kerana telah dipinjam oleh sa)
                   5 puluh– 1 puluh = 4 puluh

                 *Tolak ratus:
                  7 ratus + 4 ratus = 3 ratus

                 *Hasilnya:
                  3 ratus 4 puluh 6 sa = 346

CONTOH 2:

     Selesaikan dengan cara bentuk lazim

528 - 165 = ______

         528   *Tolakkan:
       - 165    8 sa - 5 sa = 3 sa
                  363
                 *Tolak puluh:
                  2 puluh – 6 puluh =___ puluh, Tidak boleh ditolak kerana
                   angka 2 lebih kecil dari angka 6, Maka kena pinjam
                  dengan rumah ratus iaitu angka 5
                  maka jadinya  12 puluh – 6 puluh = 6 puluh

                 *Tolak ratus:
                  5 ratus - 1 ratus = 4 ratus
                  (kerana telah dipinjam oleh puluh)
                  4 ratus – 1 ratus = 3 ratus

                 *Hasilnya:
                  3 ratus 6 puluh 3 sa = 363

 

Saya Tahu Tambah Nombor



       Kebanyakan pelajar dapat menyelesaikan operasi tambah tanpa melibatkan pengumpulan semula dengan mudah. Disini cikgu ingin menjelaskan bagaimana untuk menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul semula.
OPERASI TAMBAH DENGAN MENGUMPUL SEMULA
CONTOH 1:
             Selesaikan dengan cara bentuk lazim
226 + 115 = ______
                                            1
226    *Tambahkan:
      +115     6 sa + 5 sa = 11 sa, Tukarkan kepada
                                           341     puluh jadi 1 puluh 1 sa

  *Tambah puluh:
  1 puluh + 2 puluh + 1 puluh = 4 puluh

  *Tambah ratus:
  2 ratus + 1 ratus = 3 ratus

  *Hasilnya:
  3 ratus 4 puluh 1 sa = 341

         CONTOH 2:
             Selesaikan dengan cara bentuk lazim
                                   341 + 283 =______
                                          1
                                          341    *Tambahkan:
     +283     1 sa + 3 sa = 4 sa,
                                          624
                                                   *Tambah puluh:
                                                   4 puluh + 8 puluh = 12 puluh
Tukarkan 12 puluh kepada
1 ratus dan 2 puluh

*Tambah ratus:
1 ratus + 3 ratus + 2 ratus = 6 ratus

*Hasilnya:
6ratus 2 puluh 4 sa = 624

Jumaat, 23 November 2012

Hi Nombor Bundar. :)


 

Pelajar selalu rasa gelisah sekiranya jumpa perkataan ini.

BUNDAR

Disini ada tips bagaimana mudah untuk mengingat kaedah bundar.

Langkah 1:

Bahagikan nombor kepada 2 kumpulan iaitu

Kumpulan A terdiri dari nombor    1       2       3       dan   4

Kumpulan B terdiri dari nombor    5       6       7       8       dan   9

 

Langkah 2 : Contoh 1 Bundarkan 643 kepada puluh yang terdekat

ratus
puluh
sa
6
4
3

Gariskan nombor yang hendak dibundar. *yang berwarna kuning.


Langkah 3 :

ratus
puluh
sa
6
4
3
 

 
Bulatkan nombor disebelahnya (yang berwarna pink). Tentukan sama ada nombor tersebut di kumpulan yang mana satu. Kumpulan A atau B.

 

Langkah 4:

#Sekiranya nombor tersebut di kumpulan A, maka caranya ialah

ratus
puluh
sa
6
4
3
6
4
0

· Kekalkan nombor di sebelah kiri, letak 0 di sebelah kanan.

 


Contoh 2 : Bundarkan 387 kepada puluh yang terdekat

#Sekiranya nombor tersebut di kumpulan B, maka caranya ialah

ratus
puluh
sa
3
8
7
3
8+1
0
3
9
0

· Kekalkan nombor disebelah kiri.

· +1 pada tempat yang mahu dibundar*yang berwarna kuning.

· Letak 0 di sebelah kanan selepas nombor yang dibundar.

 

# Untuk mencuba anda boleh menjawab di Latihan 2.

 

-SELAMAT MENCUBA-
 




Senangnya Tulis Nombor Dalam Perkataan


Ramai murid yang tidak tahu formula cara menulis nombor dalam perkataan.

Oleh itu, di sini saya ingin mengajar cara mudah untuk menulis nombor dalam perkataan. Ikutilah langkah-langkah yang dibawah ini.

Contoh 1: Tuliskan 345 dalam perkataan
ratus
puluh
sa
 
 
 


Langkah 1:

Bina rumah nombor seperti berikut .      

Langkah 2:

Masukkan nombor ikut susunan rumah tersebut.

ratus
puluh
sa
3
4
5

 

Langkah 3:

Tukarkan nombor dalam perkataan. Tuliskan dengan nombor yang disebelah kiri dahulu dan diikuti oleh nilai rumah masing-masing.

ratus
puluh
sa
3
4
5


Contoh 1:              Tiga ratus empat puluh lima

# warna ungu adalah mewakili nombor dalam perkataan.

# warna biru adalah mewakili nilai rumah nombor tersebut.

#perkataan “sa” juga tidak perlu ditulis.

Contoh 2: Tuliskan 203 dalam perkataan.

ratus
puluh
sa
2
0
3

 
Dua ratus tiga.

# Ikut langkah 1-3. Tetapi sekiranya terdapat angka 0 maka tidak perlu ditulis nobor serta nilai rumahnya.

Contoh 3: Tuliskan 815 dalam perkataan.

ratus
puluh
sa
8
1
5

 
           Lapan ratus lima belas.

# Ikuti langkag 1-3, tetapi sekiranya angka 1 berada di rmah puluh ia dikenali sebagai  “belas”.

*ANDA BOLEH MENCUBA DENGAN CONTOH-CONTOH YANG LAIN.

*Untuk latihan anda boleh mencuba di Latihan 1.

-SELAMAT MENCUBA-